KHUTBAH MULTIMEDIA
Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memperkenalkan sistem Multimedia khusus untuk Khutbah Jumaat di Masjid-Masjid. Ini merupakan satu perkembangan yang positif dan membuktikan pihak JAWI amat prihatin dengan perkembangan dunia Teknologi Maklumat. Peralatan yang mahal ini disumbang oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan diterima dalam satu majlis khas penyerahan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta pada 15 Januari 2007. Peralatan multimedia tersebut terdiri daripada Komputer Desktop, LCD Panel, Notebook (HP Compaq Nx6300 Series), Printer (HP{ Laserjet 1020), LCD Projector (Epson Multimedia Projector EMP 1705) dan Projector Screen (Duraplus 7 x 7)
TADIKA
Ada Tadika Islam yang terletak dalam kawasan Masjid ini. Pengurusan Tadika ini tidak melibatkan pihak Masjid kerana Tadika ini mempunyai Ahli-Ahli Jawatankuasa Pentadbirnya sendiri. Pihak Masjid tidak dimaklumkan sebarang maklumat berkaitan bilangan kanak-kanak, yuran yang dikenakan dll Walau bagaimana pun Tadika ini menggunakan kemudahan bangunan Masjid, letrik dan air.
GERAI MAKAN
Masjid ini berjiran dengan rumah-rumah dan kedai-kedai orang bukan Islam. Oleh itu pihak pentadbiran Masjid ini berpendapat elok diadakan sebuah gerai makan dalam kawasan Masjid ini untuk keperluan ahli-ahli Jemaah. Gerai ini ditawarkan kepada salah seorang AJK Masjid ini iaitu Tuan Haji Hasan bin Haron dengan tujuan dalam masa yang sama beliau dapat menolong memantau keadaan Masjid ini dan dapat mewakili pihak AJK Masjid untuk menangani kedatangan pelawat-pelawat. Satu perjanjian telah dibuat antara pihak Masjid dengan Tuan Haji Hasan yang meliputi kadar sewa, kebersihan, waktu operasi, status gerai dll.
TEMPAT LETAK KERETA
Tempat letak kereta Masjid Abu Hurairah ini tidaklah begitu besar dan tidak pula terlalu kecil Ia dapat memuatkan beberapa buah kereta dan selesa bagi sesi sembahyang waktu. Ia tidaklah dapat menampung kenderaan-kenderaan pada sesi Solat Jumaat dan yang datang lewat terpaksa meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan Masjid.
KUARTERS
Kuarters untuk Ketua Imam (Imam Kerajaan) dan Pembantu Bilal (Bilal Kerajaan) disediakan dalam kawasan Masjid ini. Ia merupakan rumah berkembar satu tingkat yang terletak lebih kurang 20 – 30 kaki daripada bangunan Masjid.
TANAH PERKUBURAN ISLAM
Masjid ini menguruskan tanah perkuburan yang terletak berhampiran dengan Jalan Kuching. Lot No 55740 yang telah disahkan penerimaan warta perizaban tanah daripada Pejabat Tanah oleh MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui surat BPP / 06 / 03 / 334 (19) yang bertarikh 23 Februari 2006 merupakan lot lama mengikut pelan yang dilampirkan bersama surat ini. Pihak Masjid telah menggunakan khidmat Juru Ukur yang bertauliah dan mendapati ada ‘point’ yang terletak betul-betul di tengah jalanraya susur keluar ke Jalan Kuching. Dengan lain perkataan pelan ini adalah mengikut kedudukan sebelum Jalan Kuching dibina dalam tahun awal tujuh puluhan. Pihak Masjid tidak dapat menentukan lot-lot yang dianggap tanah kubur yang lain kerana dokumen-dokumen bagi menentukan sama ada sudah diwartakan atau belum tidak ada. Keluasan lot 55740 yang telah diwartakan perizabannya direkodkan seluas 10,421 meter persegi. Dari tahun 2002 hingga 2006 sebanyak 244 pengkebumian direkodkan di tanah perkuburan ini.
VAN JENAZAH
Van Jenazah yang ada merupakan sumbangan individu yang tidak mahu namanya diumumkan pada tahun 1986 iaitu sebuah Van Ford Econovan. Sebuah van Nissan yang baru telah di dermakan oleh individu yang enggan di kenali pada tahun 2009 dan van itu telah diguna pakai oleh masjid ini untuk pengurusan jenazah.
PAKEJ PENGURUSAN JENAZAH
Pihak Masjid mengenakan RM 800 untuk tujuan pengurusan jenazah termasuk Pendaftaran, Gali Kubur, Kain Kapan, Papan Lahad, Mandi, Bacaan Talkin, Pembersihan dan Pengangkutan. Juga disediakan khidmat menghantar jenazah ke negeri-negeri luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bayaran yang dikenakan ialah RM 250 untuk sewa van dan RM 1.00 bagi setiap km pergi balik.